• Tazkirah

    Posted on September 20th, 2008

    Written by Anonymously Stalking

    Tags

    , ,
    Ringkasan Tazkirah Ustaz Wan Sohor Bani Leman @ Masjid Jamek, KL

    Jumaat, 19 September 2008. Alhamdulillah saya mempunyai kesempatan untuk mengkuti tazkirah ringkas sebelum sembahyang jumaat di Masjid Jamek Kuala Lumpur. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman yang saya rasa tidak asing lagi bagi anda semua (yang selalu mengikuti acara – acara islamik maksud saya).

    Ustaz membicarakan mengenai solat. Sentuhannya mengenai kefahaman tentang solat. Diibaratkan seperti pokok – pokok buah. Kita tahu kalau pokok rambutan daunnya begini, pokoknya bagaimana, buahnya bagaimana, ada yang kuning, ada yang merah. Jadi katakanlah kita tengok pokok tu tanpa ada buah rambutan, kita dah boleh kenalpasti bahawa pokok tersebut adalah pokok rambutan walaupun tidak berbuah lagi. Jadi itulah pentingnya kefahaman mengenai sesuatu apatah lagi mengenai solat.

    Ustaz menyentuh isu muslim yang tidak sembahyang. Ada yang dah sembahyang berpuluh – puluh tahun. Ada yang baru sembahyang dua tiga tahun. Ada yang umur berpuluh – puluh tahun tapi baru dua tiga tahun sembahyang. Jadi ustaz menyebutkan bahawa bagi yang umur sudah lanjut tetapi baru mula berjinak – jinak dengan sembahyang teruskanlah sembahyang. Tak payah Qada’ balik sembahyang yang dah lepas, istighfar lah banyak – banyak moga diampunkan dosa – dosa tersebut. Bagi yang masih muda, masih berkemampuan eloklah diQada’kan mana yang tertinggal.

    Ustaz teruskan lagi dengan menceritakan bagaimana Abu Talib berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W apabila melihat baginda bersembahyang… “Demi Allah aku tidak akan meletakkan kepala aku lebih rendah dari punggung” (Orang dari dulu suka sebut Demi Allah ni .. Wallahi – So thats why sumpah orang Arab tak boleh diambil kira). Selepas itu ustaz menceritakan berdasarkan kajian seorang Dr di dalam bukunya mengatakan apabila kepala kita berada di kedudukan lebih bawah dari jantung maka aliran darah lebih mudah mengalir ke Otak sebab dibantu oleh tarikan graviti. Dikatakan berdasarkan kajian Dr. tersebut dengan adanya lebihan aliran darah ke otak kita akan menjadi 7% lebih cergas.

    Jadi Ustaz kaitkan dengan pertanyaan orang kenapa sembahyang di siang hari ni 4 rakaat? (Zuhur dan Asar sama 4 rakaat masing – masing). Jadi itulah jawapannya, kata ustaz. Kerana Allah nak kita ni lebih cergas di siang hari. Jadi 4 kali sujud (8 kali besertas Asar) maka Otak kita akan mendapat aliran darah yang lebih sempurna, maka kita lebih cergas. Sebab siang hari kan kita mencari rezeki, perlu cergas!

    Ustaz menyentuh sedikit teori graviti katanya kereta mercedes, bmw kebanyakkan enjinnya di mana ruang ekzos direka supaya megalir ke belakang, maksudnya keluar dari enjin terus ke belakang. Sebab engineer diorang semua dah kaji dan decide inilah rekaan terbaik sebab dengan begitu rekaannya graviti dan kuasa tujahan enjin membantu mengalirkan lebihan bakaran enjin dengan lebih sempurna. tetapi proton ni lain, sebab ruang ekzosnya mengadap ke arah hadapan. Sebab itu enjinnya tak bagus. Sebab itu kos naik maintain sampai satu juta! (Ini adalah selingan sahaja, tidak semestinya benar)

    Alhamdulillah di kesempatan lain akan saya catit tazkirah – tazkirah yang lain pula nanti. Insya’Allah.

    (Jika anda juga mengikuti tazkirah tersebut dan terdapat kesalahan dan kekurangan di dalam catitan saya ini sila betulkan, terima kasih)

    This entry was posted on Saturday, September 20th, 2008 at 11:10 am and is filed under Tazkirah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
  • 2 Comments

    Take a look at some of the responses we've had to this article.

    1. James
      Posted on September 21st

      Hi, I found your blog on this new directory of WordPress Blogs at blackhatbootcamp.com/listofwordpressblogs. I dont know how your blog came up, must have been a typo, i duno. Anyways, I just clicked it and here I am. Your blog looks good. Have a nice day. James.

    2. hasbi
      Posted on July 3rd

      saya nak alamat blog ust.wan sohor ada tak

  • Post a Comment

    Let us know what you thought.

  • Name:

    Email (required):

    Website:

    Message: