• Car, Featured

    Posted on July 9th, 2009

    Written by Anonymously Stalking

    Tags

    Ku tidak dilindungi insuran…

    Apalah nasib malang diriku ini, sudahla berusia, tiada siapa yang peduli, sedangku berseronok – seronok sahaja ku hidup begini, datang lagi bala, malapetaka. Hidup ku ini tidak dilindungi insuran. Nampaknya, aku nak bayar duit untuk insuran pun mereka tak nak. Tapi aku harus perlukan insuran. Supaya ku ada lesen untuk berjalan.

    Atas dasar apa ya pihak insuran ini menjadi sangat berani untuk tidak menginsurankan kenderaan – kenderaan lama yang semestinya berusia melebihi 10 tahun, dan semestinya bernilai bawah 10,000 (kecuali kereta antik di mana nilainya jutaan ringgit, itu insuran lain pula).

    Ku cuba pikir ya. Ke menung – menung ku tak juga ku tahu apa sebabnya.

    Adakah dalang di sebalik semua ini adalah Proton dan Perodua ? Aku rasa proton…. Sebab proton mempunyai banyak stok lagi. Akan tetapi, proton ada kuasakah untuk minitahkan bahawa tokey2 insuran (yang nama sahaja melayu tapi goyang kaki sahaja, semuanya cina belaka) tak boleh cover lagi semua kereta2 lama supaya dapat scrap kereta dan beli kereta dengan proton, dan BUAT HUTANG dengan BANK – BANK haramjadah (yang mana ada bahagian insurans mereka yang merepek2 taknak cover kereta lama).

    Aku tak pikir proton ada kuasa itu. Proton anak didik Tun M. Tun M tidak lagi berkuasa. Pendek kata proton dah hilang taring. Kalau Tun M itu taring proton, dah tumpul agaknya, dimamah usia.

    Pikiranku berpusing – pusing lagi.

    Aku pikir, ini adalah tamak haloba tokey2 insuran yang tak ingin rugi. Mereka kata…. Cover kereta lama ni rugi sebab statistically and malaysia own standard dictate that old car for sure, really – really sure, will be! Dangerous and Harzardous for environment. How I say this is Malaysia own standard? I mean look at proton own car, when you buy new persona or neo, pleeeaaassseeeee do check out for rusted part. They will be! Almost 100% of the “new” Proton car will have rust built-in already.

    That bad huh?

    Jadi kenapa tokey2 ni berani sampai macam ni sekali?

    Aku rasa, aku rasa ja la. Ini adalah sebab pemerintahan yang lemah. Najib is still soft. Pak Lah is soft enought already. Please Najib, dont show your gebu2 face and smiiiillleeeeeee. Show your serious shit face (i mean serious … not shit), dont smile. And say to this insurance tokey “Do cover all the old car, or get out of my country!”.

    Well, Malaysia is OUR conuntry, not yours only. Certainly not Rosmah, your wife (not 1st lady, but the wife of Najib). But politician dont play with facts, they play with voice. Just like singer (Siti Nurhaliza!). They have their note, and pitch and whatever else the Akademi Fantasia is talking about. Politicians have their own voice notes.

    So…. Aku rasa Najib mesti jadi tegas! Pegi jumpa dengan whatever persatuan, pertubuhan, kesatuan blablabla Insuran ni and issue them the warning! Do cover or get cover!

    Mestilah. Ini adalah pikiran aku saja. Dalam pikiran aku pun kadang2 keluar bahasa inggeris penjajah ni. Dulu PPSMI takdak, aku belajar jugak bahasa inggeris. English aku cikgu Chng’ Anna ajar. Cikgu Cina, tapi masuk Islam. Aku taktau nama Islam dia, sbb dia pakai nama tu ja. Dia dulu belajar kat sekolah British time dijajah dulu. She said, those ppl from her era who learn english with british teacher…. Ok, grammar aku tunggang langgang… Dia kata geng2 yang seangkatan dengan dia, English should be near perfect (britain-wise lah, american-wise… not very wise).

    Tapi cikgu cikgi sekolah sekarang ni belajang english dari tadika, sampai tingkatan lima, masuk maktab perguruan, nak mengajar english stilllllllllll! Tak boleh nak capai macam apa yang dia ajar. Ofkoz la … dah lain, camna nak capai.

    Berbalik semula lah sebab PPSMI pun dah berkubur. Apersal aku ni bising2 sangat pasal insuran ni. Bodoh! la insuran ni….. Sebab aku pakai kereta lama lah! Kalau aku pakai kereta baru takderla aku nak terpekik sana sini macam ni. Ape tokey insuran ni ingat aku nai cap duit ke? Pegi scrap keta ni, ambik Saga BLM baru, pastu tiap2 bulan print duit pegi bayar bank?

    Sebab aku tak berkemampuan la aku beli kereta lama yang murah! Bengong punya insuran. Apa nak jadi ni. JPJ wat rules, keta klu nak wat roadtax mesti insuran tu idup dulu. Bestu insuran takmo cover, takleh idup insuran, takleh la nak idup roadtax. Keta ni hari2 bawak, bestu jumpa polis nak cakap apa? Kena la saman sebab road tax takdak, pastu tulis dalam surat saman… “Kenderaan tidak dilindungi insuran”. Nak dilindungi insuran haramjadah apa kalau insuran takmau cover! Ada paham ka?

    Jadi…. Untuk kereta yang bernilai kurang rm 10,000 dan berusia lebih 10 tahun… JPJ patut boleh bagi ja renew roadtax tanpa insuran. Insuran untuk kenderaan seperti itu adalah…. Insuran Tanggung Sendiri (ITS)! Insuran Tanggung Sendiri adalah di mana… Jika berlaku apa2 kemalangan yang tidak melibatkan kehilangan nyawa, segala kerosakan kenderaan adalah ditanggung oleh pemilik itu sendiri. Dan jikalau pemilik ITS ini melanggar kenderaan berinsuran, dan didapati bersalah, pemilik kenderaan tidak boleh dituntut untuk membayar kerana pemilik kenderaan berinsuran adalah dilindungi insurannya sendiri. Dan jika didapati tidak bersalah, pemilik ITS tidak boleh menuntut insuran pemilik berinsuran tersebut. Fair and Square. ye ke ?

    Tapi pemilik ITS ni perlu memiliki sekurang2nya insuran Personal Accident (PA). Ini adalah untuk sekiranya berlaku kematian, so pewarisnya sepatutnya ditinggalkan sedikit bantuan (setelah ditolak hutang – jika adalah, since hutang kerata ofkoz takde).

    Tokay2 insuran cakap diorang taknak cover kereta2 lama ni sebab banyak sangat claim and diorang rugi. Bagusnya syarikat insuran ni kan, taknak rugi, diorang taknak cover. Diorang nak cover kereta2 yang berisiko rendah je. kalau boleh nak cover kereta yang dalanm show room je, sebab 99.99% kereta tu takkan rosak. Jadi duit premium setiap tahun tu… MASUK POKET!

    Kalau aku lah kan, aku wat fatwa yang duit insuran yang dibayar kepada syarikat insuran, harus dipulangkan semula kesemuanya minus profit yang company dah wat. Kegagalan untuk memulangkan, maka saya menjatuhkan hukum HARAM untuk menyimpan DUIT MILIK ORANG LAIN. Tapi saya bukan mufti untuk keluarkan fatwa.

    Syarikat lain lah kan, contohnya western digital ke, seagate ke… Diorang rugi, diorang buang pekerja diorang tu. Aku belajar gak bab2 untung rugi company ni, memang first sekali syarikat buat untuk elak rugi adalah BUANG PEKERJA dia. Ni insuran ni pelik bin ajaib bin haramjadah, dia nak elak rugi, dia BUANG CUSTOMER! Customer dia yang selama ni dok bayar ja dia tiap2 tahun, yang tu lah dia buang.

    Tapi takperlah, kami pemilik kereta2 lama memang terasa kami dizalimi oleh gergasi – gergasi insudtri permotoran ini. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi itu… akan termakbul. Amin!

    This entry was posted on Thursday, July 9th, 2009 at 11:57 pm and is filed under Car, Featured. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
  • 3 Comments

    Take a look at some of the responses we've had to this article.

    1. Shaira
      Posted on July 12th

      Ni keta lain ke Mael? Hmmm sabo je la, hope you can find it.

    2. Anonymously Stalking
      Posted on July 16th

      find what ? u ah …. confuse a lot. huhuhu.

    3. nizar
      Posted on August 19th

      kite senasib la mael..hehe..budus tul la pemerintah sekarang nih..nk suh rakyat beli proton BLM la tuh

  • Post a Comment

    Let us know what you thought.

  • Name:

    Email (required):

    Website:

    Message: